Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 di peringkat dasar hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun selepas ia dibacakan dan diputuskan kali kedua melalui undian suara dengan majoriti bersetuju.


“Tidak cukup 15 orang sokongan untuk undi belah bagi, jadi saya kira lebih suara bersetuju, jadi usul disetuju sebulat suara,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz selaku kementerian bertanggungjawab, menggulung hujah Ahli Parlimen yang membahaskan RUU tersebut selama 8 hari sejak 9 Nov lalu. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram