Bukan hasut, ia memang kehendak rakyat – Najib



Ada yang tuduh saya sedang menghasut atau mempermainkan Rakyat dalam isu pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman sebab saya nyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa inilah dua syarat untuk BN sokong bajet 2021.

Hasut apa? Main apa?


Nombor 1: Ini adalah permintaan rata-rata Rakyat yang sedang dalam kesusahan. Saya cuma suarakan dalam Dewan bagi Rakyat.
  • hanya Rakyat sendiri yang faham kesusahan mereka ketika ini.
  • saya percaya Rakyat sendiri yang akan memikul tanggung jawab untuk gunakan wang ini secara berhemah dan akan bekerja dengan lebih gigih untuk menggantikan pengeluaran usia tua mereka apabila keadaan pulih.
  • adakah ianya adil untuk menafikan pelampung kepada keluarga yang sedang lemas hanya sebab ada kebimbangan bahawa segelintir akan salahgunakan untuk beli iPhone 12?
  • Rakyat juga faham implikasi bagi pengeluaran RM10,000 ini ialah mereka kehilangan pendapatan RM41 sebulan selepas mereka bersara seperti dikira boss KWSP.
  • Kita jangan ingat Rakyat bodoh atau tidak faham implikasi pengeluaran ini, akan sia-siakan duit dari pengeluaran ini atau tidak berazam untuk gantikan pengeluaran ini pada masa depan.
  • apa yang saya dapat jika kedua-dua syarat ini dilaksanakan kerajaan? Ini bukan syarat untuk teruskan projek kerajaan bagi kroni saya atau untuk saya.
  • Pernahkah saya suruh Rakyat untuk tolak kerajaan PN jika kedua-dua syarat ini tidak dibuat?


Nombor 2: Syarat-syarat ini BOLEH dan PERNAH dilakukan oleh kerajaan.
  • ianya bukan syarat yang mustahil dilakukan atau sukar dilakukan seperti syarat Guan Eng untuk pinjam dan tambah RM45 bilion kepada perbelanjaaan tahun 2021.
  • kerajaan pernah memberikan pengeluaran dari KWSP melalui skim i-Lestari dan memberi moratorium 6 bulan semasa PKP pertama dilaksanakan. Kini PKPB dilanjutkan berulang-kali tetapi kemudahan-kemudahan ini tidak pula dilanjutkan.
  • lagi pelik ialah kita minta pengeluaran RM10k tanpa bersyarat bagi semua tapi yang dibei ialah pengeluaran RM60k pulak dengan syarat amat ketat! Seolah-olah mereka yang lebih kaya diutamakan tapi yang benar-benar tertekan disingkirkan.
  • Saya juga telah menggariskan bagaiman kerajaan boleh laksanakan kedua-dua langkah ini tanpa memberi implikasi besar kepada kewangan kerajaan atau defisit bajet serta bagaimana untuk pulihkan simpanan KWSP. Sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah sangkal langkah-langkah yang saya beri itu tidak boleh dilakukan.
  • jika dulu boleh dilaksanakan, kenapa tidak boleh dibuat semula sedangkan KWSP ada aset RM940 bilion dan semua bank-bank yang mengaut keuntungan berpuluh bilion setahun pada tahun-tahun lepas masih catat keuntungan pada tahun 2020 yang amat susah ini?
  • ianya DUA syarat yang pernah dilakukan. Bukan 20 syarat mustahil tak masuk akal yang tidak pernah terjadi. 


Nombor 3: Ini strategi ekonomi - bukan langkah populis.
  • sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah menjawab soalan saya bagaimana bajet 2021 untuk lawan Covid yang cuma 2.5% lebih tinggi berbanding bajet 2019 (yang tiada Covid) bawah PH mampu menyelamatkan negara.
  • dan sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah jawab soalan saya bagaimana bajet 2021 boleh menyelamatkan ekonomi negara memandangkan 4 skim utama kerajaan bagi tahun 2020 ini seperti moratorium pinjaman, i-lestari, Program subsidi Upah dan bayaran bantuan prihatin telah ditamatkan atau banyak dikurangkan pada tahun depan.
  • sebab itu, saya berpendapat bahawa dana yang disuntik oleh kedua-dua langkah ini mampu membantu rancakkan ekonomi dan akan selamatkan lagi ramai pekerjaan. Saya bukan tidak ada pengalaman atau tak faham hal-ehwal ekonomi Malaysia sebab kadar pertumbuhan ekonomi dan dividen KWSP juga antara paling tinggi sejak 20 tahun lalu pada tempoh saya PM dan menteri kewangan.

Jika sesiapa boleh sangkal apa yang saya tulis di atas, barulah ianya adil untuk kamu tuduh saya sedang menghasut atau mempermainkan Rakyat.

– Najib Razak


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram