KWSP: Boleh keluar RM9,000 hingga RM60,000



PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas ketika ini dibenarkan mengeluarkan wang caruman menerusi skim i-Sinar sehingga 10 peratus daripada baki keseluruhan akaun satu mereka.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, permohonan untuk mengeluarkan caruman tersebut boleh dilakukan bermula Disember ini dan skop i-Sinar ini diperluaskan kepada ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji dan tiada sumber pendapatan.


Jelas KWSP, amaun akan dikreditkan kepada pencarum secara berkala selama enam bulan bermula tarikh pertama pengkreditan.

“Bagi ahli yang mempunyai baki akaun satu bawah RM90,000 akan mempunyai akses sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan akan dikreditkan secara berkala selama enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

“Manakala, bagi ahli yang mempunyai baki simpanan akauan satu melebihi RM90,000, mereka mempunyai akses sehingga 10 peratus. Walaubagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Kosmo











Join our Telegram Channel
Telegram