
Boss KWSP menjelaskan kenapa kerajaan kurang berminat dengan pengeluaran wang
pencarum dari KWSP pada masa krisis Covid:
Nombor 1. "KWSP akan terpaksa jual aset."
Komen saya:
Seperti yang saya telah jawab dalam parlimen, aset yang perlu dijual KWSP cuma
bon pinjaman kerajaan dengan kadar faedah tetap yang dipegang KWSP. Biasanya
bon kerajaan ini membayar faedah antara 2% hingga 4% setahun.
Sebanyak 50% daripada jumlah aset RM940 bilion KWSP adalah dari kelas aset bon
pinjaman ini. BNM boleh mengambil peranan untuk membeli sebahagian daripada
bon kerajaan dipegang KWSP ini untuk mengurangkan impak kepada pasaran bon
tempatan akibat penjualan oleh KWSP.
Seterusnya, BNM boleh jual semula bon ini ke pasaran bon tempatan secara
bertingkat jika BNM tidak mahu pegangnya untuk tempoh yang lama.
Ataupun dijual balik kepada KWSP secara berperingkat sebab jumlah aset KWSP
meningkat setiap bulan apabila majikan dan pekerja membuat caruman bulanan.
Kita tak suruh KWSP jual saham atau jual hartanah milik mereka pada harga
murah. Cuma jual sebahagian daripada bon pinjaman kerajaan secara sementara
untuk membayar mereka yang mahu keluarkan wang dari KWSP untuk menghadapi
krisis. Yang dia nak jual aset tu dah kenapa?
Nombor 2: "KWSP akan hilang peluang untuk melabur apabila wang
dikeluarkan.”
Komen saya:
KWSP perlu pertimbangkan kepentingan siapa yang lebih utama.
Ahi KWSP yang sedang lemas dan perlu dana lump sum untuk menyelesaikan masalah
pada masa krisis Covid atau kehilangan KWSP untuk melabur?
Namun pada saya, kesejahteraan dan kelangsungan hidup ahli KWSP dan keluarga
mereka merupakan pelaburan paling kritikal pada saat ini.
![]() |
Rupanya boss KWSP ni lantikan PH. Patutlah!! |
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lanjut moratorium, KWSP RM10,000 syarat BN sokong Belanjawan 2021
- [Video] Rayer buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib
- Saya bekas Menteri Kewangan pun keliru dengan Belanjawan 2021 – Najib
- MP Pas balun Najib, sokongan bersyarat BN ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang
- Syarat Najib-BN sokong Bajet 2021 boleh dilaksanakan, melainkan jika PN yang mahu menolak
- MP PAS pertahan kenyataan hikayat Puteri Gunung Ledang
- Boss KWSP kena sekolah dengan Najib
- KWSP: Itu duit rakyat, kata Ahmad Maslan
- Najib dedah Dr M songlap saham untuk KWSP 10 bilion
- Australia benar rakyat keluarkan $20,000 wang KWSP mereka
- Najib tidak ambil hati disindir MP Pas cadangan 10k KWSP, lanjutan moratorium seperti hikayat Puteri Gunung Ledang
- Benarkan pengeluaran one off KWSP lebih RM10,000 – Zahid
- KWSP: Boleh keluar RM9,000 hingga RM60,000
- Tergelepuk di pagar KWSP
- KWSP wajar longgarkan syarat – Asyraf Wajdi
- KWSP akan jual aset untuk biayai pengeluaran oleh pencarum
Join our Telegram Channel