Masuk kawasan tak minta izin, Ustaz Ebit Lew diserang orang Mukhriz



Siapa yang tidak kenal dengan seorang mualaf yang cekal memberi pertolongan kepada semua orang tidak kenal usia, bangsa dan agama, Ustaz Ebit Lew.

Melalui perkongsiannya di laman Facebook rasminya, beliau berkongsi kisah yang paling menyayat hati semua orang di mana seorang warga emas yang uzur terpaksa menjaga beberapa orang cucu yang masih kecil tinggal bersamanya.

Di dalam video yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew, warga emas itu juga hanya terbaring dipercayai terkena serangan strok entah berapa lama tanpa mendapat rawatan dan penjagaan yang sewajarnya.

“Menangis akhirnya sampai Alor Setar. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini..hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.

“Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya..” coret Ustaz Ebit Lew di halaman facebooknya.


Loading...

Ustaz Ebit Lew Dan Keluarga Malang Diserang

Selepas Ustaz Ebit Lew memuat naik beberapa keping gambar di Facebooknya, tampil pihak masjid Al Irfan memberi penjelasan mengenai bantuan yang diterima oleh keluarga ini.

Menurut pihak masjid Al Irfan, keluarga tersebut menerima bantuan bulanan berupa wang ringgit oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk dari Masjid Al-Irfan Derga sendiri.

Menurut mereka keluarga warga emas itu juga turut ditawarkan rumah Asnaf yang lebih selesa oleh pihak LZNK namun ditolak oleh keluarga ini atas alasan tertentu sekaligus menafikan keluarga ini diabaikan. Hantaran itu bagaimanapun telah dipadam oleh pihak masjid.

Selain pihak masjid, Ustaz Ebit Lew juga diserang oleh beberapa individu berlatar belakangkan politik Kedah, menyatakan ketidak selesaan dengan kehadiran beliau di kawasan tersebut.

Mereka mendakwa kehadiran Ustaz Ebit Lew memberi bantuan tanpa melalui mereka telah menimbulkan fitnah kepada diri mereka.

Menurut netizen yang memberi komentar, rata-rata yang menyerang Ustaz Ebit Lew adalah orang kuat Menteri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengaibkan keluarga tersebut dengan tuduhan penagihan dadah, menjual perabot sumbangan orang ramai, menduduki tanah bukan milik mereka dan sebagainya.


Loading...

Jalan Penyelesaian

Netizen rata-rata amat kesal serangan yang ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew dan keluarga malang tersebut. Sebagaimana yang diketahui Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan mewakili NGO yang tidak membawa bendera mana-mana politik.

Serangan ke atas beliau yang membantu saudara Muslim adalah tidak wajar dan amat dikesalkan apatah lagi Ustaz Ebit Lew tidak menyentuh atau menyalahkan mana-mana pihak. Hanya terdengar beliau berulang kali menyalahkan diri sendiri kerana apa yang akan dijawab jika ditanya di depan Allah nanti.

“Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.” coret Ustaz Ebit Lew lagi.

Persoalan yang patut difikirkan bersama adalah, jika benar bantuan telah diberikan, mengapa keadaan warga emas itu dilihat begitu daif? Mengapa dibiarkan hidup di dalam keadaan rumah yang begitu usang?

Jika benar keluarga itu berdegil mahu tinggal di dalam rumah tersebut, mengapa Ustaz Ebit Lew seorang diri mampu memujuk keluarga tersebut berpindah dalam beberapa minit berbanding dengan belasan atau puluhan kakitangan yang mewakili Menteri Besar Kedah?

Inilah yang patut difikirkan bersama.

Namun, apa pun alasan yang diberikan, satu perkara yang tidak patut berlaku sebagai pemimpin di kawasan itu, di saat mereka sedang hidup dalam keadaan senang dengan harta yang melimpah ruah, terdapat satu keluarga yang susah, rumah yang tidak patut didiami oleh manusia, bahkan sedang dalam keadaan sakit terlantar tanpa mendapat rawatan dan penjagaan yang sewajarnya.

Jika tanpa kehadiran Ustaz Ebit Lew, entah lima atau sepuluh tahun lagi mungkin nasib keluarga yang malang itu akan tetap dalam keadaan sama. – Cinca


Loading...


Please subscribe




ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram