Ustaz Abu Syafiq mengkafirkan Ustaz Ebit Lew



Pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq sekali lagi tampil menggemparkan media sosial apabila telah mengkafirkan Ustaz Ebit Lew.

Kenyataan itu dibuat oleh beliau di satu ruangan komen di salah satu hantaran dalam facebook miliknya semalam.

Menurut sekeping gambar tangkap layar interaksi komen antara beliau dan netizen, kenyataan itu susulan dari ugutan beberapa netizen yang mahu melaporkan laman facebook beliau itu agar ditutup.


Loading...

“Report-lah. Sokonglah Ebit Liew kapiaq hampa tu. Hiduplah di dalam masyarakat yang riak. Semoga Allah SWT laknat puak-puak ini,” menurut komen yang dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq.

Abu Syafiq sebelum ini mengeluarkan beberapa kenyataan yang ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew, selepas beliau memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah baru-baru ini.

Abu Syafiq mempertikai tindakan memuat naik gambar dan video orang miskin di media sosial yang menurutnya memalukannya dan membuka aib serta haram di sisi Islam selain menuduh beliau telah menyeleweng wang sumbangan orang ramai untuk membeli kereta mewah.


Loading...

Ustaz Ebit Lew merupakan seorang pendakwah yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan merentasi agama dan kaum.

Beliau dilihat mula diserang oleh Ustaz Abu Syafiq dan Pakatan Harapan apabila satu video yang dirakam ketika membantu satu keluarga malang di Kedah.

Berdasarkan carian sebentar tadi, laman facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary sudah tidak dapat ditemui buat masa ini. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:

Tangkap layar komen Ustaz Abu Syafiq yang mengkafirkan Ustaz Ebit Lew.

Sebagai seorang ustaz perlukah selfie dalam keadaan yang mengaibkan begini? Belakang tak pakai tudung dan sengaja snap punggung pramugari?

Ustaz Abu Syafiq sedang mempromosikan Mat Sabu.


Loading...

Ustaz Abu Syafiq sedang mempromosikan Tun Dr Mahathir.

Ustaz Abu Syafiq sedang mempromosikan Adly Zahari.

Ustaz Abu Syafiq sedang makan besar tetapi dalam masa yang sama mengkritik Ustaz Ebit Lew memberi sumbangan makanan kepada orang miskin.



Join our Telegram Channel
Telegram