Empat ikon Islam tampil pertahan Ebit Lew kecam Ustaz Kacang



Baru-baru ini, kecoh apabila Ustaz Ebit Lew dikecam oleh Ustaz Abu Syafiq dengan tuduhan beliau tidak sepatutnya menunjukkan sumbangan yang diberikan buat tontonan umum.

Ustaz Ebit juga telah dipanggil oleh pihak polis kerana ada aduan terhadap dirinya tentang kerja-kerja sumbangannya kepada orang yang memerlukan.

Namun, semuanya kembali tenang apabila pihak polis telah pun mengesahkan pendakwah tersebut sebenarnya telahpun diberikan kebenaran untuk memberi sumbangan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tmpoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Loading...

Melihatkan isu ini, empat penceramah terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Haslin Baharim dan Dr. Izhar Ariff tampil untuk membahaskan isu ini dengan menggunakan panggilan video.

Berdasarkan video tersebut, rata-rata daripada penceramah tersebut bersetuju dan menyokong tindakan Ustaz Ebit Lew berkongsi kerja-kerja sumbangannya bukanlah bertujuan untuk riak atau menunjuk-nunjuk.

Mereka turut memberi contoh daripada beberapa sahabat Nabi yang turut melakukan perkara yang sama, iaitu memberi sumbangan dan mensyiarkan kepada masyarakat tentang sumbangan mereka supaya memberikan contoh yang baik.


Loading...

Mereka juga menekankan tindakan Ustaz Abu Syafiq menyerang Ustaz Ebit lew adalah sesuatu yang tidak patut. Ustaz Abu Syafiq boleh sahaja menghubungi Ustaz Ebit Lew secara peribadi jika ada perbezaan pandangan.

Sebelum ini Ustaz Abu Syafiq telah menuduh Ustaz Ebit tidak ikhlas membuat sumbangan kerana merakamkan pemberiannya kepada penerima.

Ustaz Abu Syafiq juga menuduh Ustaz Ebit Lew telah menyelewengkan wang sumbangan orang ramai untuk membeli kereta mewah.

Sehingga kini tiada permohonan maaf yang dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq bahkan beliau dengan angkuh berkata beliau tidak bersalah. – Cinca



Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram