Ustaz Abu Syafiq tuduh Ustaz Ebit Lew seleweng sumbangan beli kereta mewah



Pelbagai dakwaan telah dilemparkan kepada Ustaz Ebit Lew selepas beliau membantu satu keluarga yang malang di Kedah.

Daripada orang politik hinggalah orang agamawan tampil mengecam beliau yang seorang yang lahir berbangsa Cina memeluk Islam ini.

Sebelum ini seorang ustaz yang menggelarkan diri sebagai Ustaz Abu Syafiq walaupun tidak menyatakan nama telah mendakwa Ustaz Ebit Lew telah menyelewengkan sumbangan orang ramai dengan membeli kereta mewah dan kamera-kamera yang mahal

“Adui. Banyak betul Pertubuhan kutip duit atas nama derma utk org miskin. Ibarat Dapat 5juta. Derma 500k jek. Mana pergi 4juta setengah. Beli kete2 mewah & kamera mahal kerr?” dakwa Ustaz Abu Syafiq.


Loading...

Ustaz Abu Sayfiq juga mendakwa Ustaz Ebit Lew telah menuduh ibu bapa sendiri sebagai kafir hanya kerana satu bayaran yang tinggi di dalam sesuatu sesi ceramah.

“Ada orang sanggup menuduh ibu bapanya sendiri sebagai KAFIR hanya krn bayaran ceramah hampir RM10K. Astaghfirullah”

Sebelum itu Ustaz Abu Syafiq juga telah menyatakan kerja-kerja Ustaz Ebit sebagai haram kerana beliau meletakkan gambar dan video di laman sosial.

“Meletak gambar dan video orang miskin yg susah sehingga memalukan dia adalah 'aib. Haram!”

Jika dibaca komen-komen netizan, semakin ramai menyatakan sokongan terbuka ke atas usaha Ustaz Ebit. Salah seorang daripada mereka adalah Ketua badan bertindak Islam yang dikenali sebagai Skuad Badar, Azhar Mohamad.


Loading...

Azhar Mohamad telah memuat naik satu status mengecam mana-mana ustaz yang tidak senang dengan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit.

Azhar turut memberi no telefon beliau untuk dihubungi jika masih ada lagi mereka yang tidak berpuas hati.

“Kepada Ustaz2 yang tidak puas hati dan tidak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew, mai tel saya dan saya bagi 2 Nombor 013-5193630 dan 01111892630 kedua-duanya adalah nombor saya, jangan dok ganggu semangat Ustaz Ebit Liew buat kerja membantu warga, sebab saya dan rakan-rakan NGO Islam hargai titik peluh Ustaz Ebit Liew dan semangat kami bersatu dalam perjuangan DEMI WARGA.

“Akhir kalam nasihat saya kepada Ustaz Ustaz yang tidak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew. Janganlah mengundang mazmumah untuk tinggal dalam hati kamu, takut-takut ianya akan bersahabat dengan Hubbun Dunia dan sukar untuk dihakis dan membuatkan kamu mat1i dalam lakonan”, fahamilah kata-kata saya ini.” hantaran yang dibuat oleh Azhar.

Sehingga kini, Ustaz Ebit tidak membuat sebarang kenyataan balas atau menjawab sebarang tohmahan yang telah dilemparkan kepada beliau. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:


Loading...






Di saat Ustaz Abu Syafiq makan mewah, di sana ada rakyat yang kelaparan. Tak kanlah Ustaz Ebit bantu orang miskin pun nak fitnah macam-macam.


Join our Telegram Channel
Telegram