Pegawai Mukhriz, Ustaz Abu Syafiq jangan sombong angkuh – Anwar Ibrahim



Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di dalam satu video menemplak pegawai Menteri Besar Kedah dan Ustaz Abu Syafiq yang mengecam kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew.

"Setengah orang ni buat kerja sikit riuh rendah. Marah orang tu, marah orang ni.

"Cuba bayangkan negara ini kalau NGO, sukarelawan dan individu tertentu tak buat kerja-kerja kebajikan, serah semua kepada kerajaan. Lingkup kita.

"Orang yang tak makan akan cecah ratus ribu kerana bantuan kerajaan terbatas." komen beliau.

Sebelum ini Pegawai Eksekutif Media Menteri Besar Kedah, Mohd Ruslin Abdullah telah mengecam Ustaz Ebit Lew kerana datang ke kawasan jajahan Pakatan Harapan (PH) tetapi tidak meminta izin daripadanya.


Loading...

Mohd Ruslin juga memuat naik satu video menghina dan mengaibkan keluarga miskin yang dibantu oleh Ustaz Ebit Lew demi menutup kegagalan beliau untuk menyelesaikan masalah keluarga malang tersebut.

Ahli Parlimen Port Dickson selain itu juga menyatakan bantahannya terhadap sikap pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq yang tidak henti-henti menyerang kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit lew.

Beliau menasihatkan pendakwah bebas itu agar janganlah sombong dan angkuh. Mungkin kerana sikap itulah sebabnya mengapa orang ramai menderma kepada NGO Ustaz Ebit Lew dan bukan melalui Ustaz Abu Syafiq.

"Biarlah Ustaz Ebit Lew tu. Dia buat kerja dapat sambutan. Berikan galakan. Kita perlukan puluh ribu sukarelawan.



"Janganlah tunjuk sombong angkuh tak tentu arah serang sini serang sana.



"Orang nak buat kebajikan kita bantu. Nak berleter, pasal apa saya tak dapat bantuan, pasal apa orang tak menderma kepada saya.

"Orang derma, tak semestinya kepada jawatankuasa kamu. Ini kita harap ubahlah sikap kita," kata Anwar lagi.

Terbaru Ustaz Ebit Lew telah dipanggil ke Bukit Aman di atas satu aduan yang dibuat oleh individu yang tidak diketahui.

Susulan dari itu, beliau telah membuat satu kenyataan untuk tidak lagi turun ke pandang berjumpa dengan mereka yang memerlukan.


Loading...

"Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.

"Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya." luah Ustaz Ebit Lew di akaun facebook miliknya.

Netizen menunjukkan pelbagai reaksi di atas kenyataan Ustaz Ebit Lew itu. Rata-rata menyalah pegawai kepada Menteri Besar Kedah dan Ustaz Abu Syafiq yang telah melakukan perbuatan khianat dengan membuat laporan secara tidak amanah terhadap pendakwah Cina Muslim itu. – Cinca



Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram