15 Adun PN jumpa TYT Melaka



SEMUA 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan khas dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Pertemuan di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, diketuai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bertujuan mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) baharu untuk dipersetujui Mohd Khalil bagi membolehkan kerajaan negeri dibentuk.

Loading...

Turut sama dalam kunjungan itu ialah bekas Ketua Menteri yang juga Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; Adun Rembia dari PKR, Muhammad Jailani Khamis serta Adun Pengkalan Batu dari DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Pertemuan diatur saat akhir itu, susulan keputusan PN yang dianggotai 13 Adun BN dan masing-masing seorang Adun PKR serta DAP membatalkan kerjasama dengan dua Adun dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka.

Loading...

Ia membabitkan Adun Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Ab Rauf dalam sidang medianya, pagi hari ini memaklumkan, tindakan ke atas kedua-dua Adun berkenaan adalah kerana mengenepikan peranan 13 Adun BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Loading...

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata langkah itu tidak menjejaskan hubungan PN Melaka dengan Bersatu.

Sehingga kini, dua nama sudah dipersembahkan kepada Mohd Khalil untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu masing-masing mewakili BN dan Bersatu.

Loading...

Difahamkan, BN mencalonkan Adun Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali manakala Bersatu pula mencalonkan Mohd Rafiq. – HMetro


Please subscribe

Loading...

ARTIKEL MELAKA:

Join our Telegram Channel
Telegram