Adun PKR dakwa PH tawar jawatan KM Melaka



Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis mendakwa tiga individu dari Pakatan Harapan (PH) cuba menawarkannya jawatan Ketua Menteri Melaka.

Jailani yang keluar PKR untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) bersama-sama Adun Pengkalan Batu dari DAP, Norhizam Hassan Baktee, berkata tawaran itu dibuat selepas BN mengadakan sidang akhbar hari ini mengumumkan menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Loading...

Kedudukan BN kini masih selamat dengan sokongan 15 Adun dan cukup untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, walaupun terdedah kepada risiko ditumbangkan.

Berikutan sidang media BN itu, satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh Sekretariat PH Melaka disebarkan di Whatsapp, yang berkata gabungan itu mempelawa Jailani dan Norhizam untuk membentuk kerajaan negeri.

Loading...

PH berkata kenyataan itu adalah palsu.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Jailani mendakwa sebaliknya.

"Mereka juga menawarkan saya jawatan ketua menteri Melaka. Saya ada semua mesej untuk membuktikannya," katanya kepada Malaysiakini.

Loading...

Beliau berkata, tawaran itu dibuat tiga individu - masing-masing satu dari Amanah, DAP dan PKR - tetapi tidak mendedahkan siapa mereka.

Katanya, beliau kekal komited dengan kerajaan negeri yang diterajui PN di Melaka.

Loading...

Sementara itu, Adun Ayer Keroh dari DAP memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa tawaran yang dibuat kepada Jailani.

Kerajaan Melaka tumbang minggu lalu apabila Bersatu dan dua Adun berkenaan menarik diri daripada gabungan itu.

Loading...

Bersatu sepatutnya bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan negeri yang diterjaui PN, dengan sokongan daripada Jailani dan Norhizam.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Melaka, Abd Rauf Yusoh hari ini mengisytiharkan Bersatu tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang baru, kerana tidak hadir mesyuarat untuk membincangkan kerjasama antara mereka. – FMT

Loading...

ARTIKEL MELAKA:

Join our Telegram Channel
Telegram