Zahid bertemu TYT Melaka



Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), memasuki Seri Negeri pada pukul 11.51 pagi.

Loading...

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Omar Jaafar.

Pada Isnin lepas, Mohd Khalil dilaporkan telah mendapat representasi bahawa ketua menteri Melaka Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli DUN (ADUN) Melaka.

Loading...


Join our Telegram Channel
Telegram