Melaka: TYT tolak cadangan Adly bubar DUN



KENYATAAN MEDIA

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah mendapat representasi daripada sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bahawa YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Hj, Adly bin Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.

Di atas budi bicaranya, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah tidak mempersetujui permohonan YAB Ketua Menteri Melaka untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.


Loading...

Oleh yang demikian, berdasarkan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka, YAB Ketua Menteri Melaka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Selanjutnya, berdasarkan Perkara 7(2)(a) Perlembagaan Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka akan melantik dalam masa terdekat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Ketua Menteri baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang pada pendapat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri

DATUK SERI HASIM BIN HASAN
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
2 Mac 2020


Loading...



Loading...

ARTIKEL MELAKA:

Join our Telegram Channel
Telegram