Saya masih Ketua Menteri Melaka, kata Adly



MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari menegaskan beliau masih lagi Ketua Menteri Melaka walaupun sudah menerima surat rasmi penamatan jawatan berkenaan.

Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berkata, beliau menyerahkan kepada Perlembagaan untuk menentukan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

Loading...

"Memang saya telah dimaklumkan jawatan saya ditamatkan bermula jam 4.30 petang semalam.

"Jadi saya akan melihat balik dari struktur perlembagaan, saya akan merujuk balik di mana ruang yang ada pada saya," katanya pada sidang akhbar di Graha Amanah di Bukit Katil di sini hari ini.

Loading...

Hadir sama, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Datuk Halim Bachik dan Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew.

Adly berkata, PH Melaka juga akan meneruskan siri jelajah 'Selamatkan Melaka' dengan memberi tumpuan kepada empat lokasi bagi memberikan penjelasan kepada rakyat.

Loading...

"Empat lokasi itu merupakan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) wakil rakyat PH yang telah beralih arah kepada Perikatan Nasional.

"Kami akan memberikan pendedahan kepada rakyat mengenai apa yang berlaku," katanya.

Loading...

Semalam Barisan Nasional (BN) Melaka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut mengesahkan penyertaan ADUN Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis, dan ADUN Pengkalan Batu daripada DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee, dalam gabungan Perikatan Nasional.

Loading...

Ketika ini BN mempunyai 13 ADUN, ditambah dua ADUN Bersatu iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) selain Jailani dan Norhizam menjadikan gabungan baharu itu mempunyai sokongan majoriti ahli DUN.

Secara rasminya, kerajaan negeri ketika ini tidak berfungsi dan Perikatan Nasional akan mengambil alih pentadbiran negeri Melaka.

Loading...

Sementara itu, Halim berkata, tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menyokong penubuhan kerajaan baharu itu secara logiknya bahawa beliau telah isytiharkan keluar parti.

Menurutnya, dalam PKR mana-mana wakil rakyat parti yang menyokong pihak lain atau melanggar peraturan parti perlu membayar denda RM10 juta.

Loading...

"Mengenai Datuk Jailani kalau dia dah ke sebelah sana dan menyokong kerajaan yang baharu pada saya dia dah isytihar keluar parti.

"Tapi kita akan rujuk dia dalam Lembaga Disiplin PKR apa tindakan yang perlu kita ambil terhadapnya dalam masa terdekat," katanya. – Sinar

Loading...

ARTIKEL MELAKA:

Join our Telegram Channel
Telegram