Netizen dedah kekayaan Jakel bernilai hampir 1 billion, memang suka kutuk Melayu



Selepas berlaku insiden kutukan terhadap orang Melayu oleh adik bongsu Jakel, kini aset kekayaan Jakel pula didedahkan oleh netizen.

Kekayaan Jakel yang bernilai hampir 1 billion itu didedahkan oleh satu halaman facebook ‘Scrut’ melalui semakan financial Jakel Trading di laman www.interepo.com.

“Nah, kami dah tolong SCRUTkan financial Jakel Trading.

“Memang kaya! Revenue almost 800 juta. Dengan aset-aset, value worth 1 billion. Tak campur dengan syarikat-syarikat lain mereka seperti development dan defence. Itu pun dah 77 juta net profit. Untung bersih! Alhamdulillah..


Loading...

“Jakel Trading ini memang “cash cow” dan cash rich sebab consumer driven company. Consumer driven business ni memang padu. Sebab marhaen yang datang. Tambah-tambah dengan paid up 40 juta!

“Kami nak minta korang pula tolong SCRUT. Boleh tak? Siapa yang banyak membeli di Jakel? Tolong SCRUT siapa yang mengkayakan Jakel.

“Takda yang membeli, takkan ada sales kan?” komen halaman facebook SCRUT.

Sementara itu, dua orang individu yang mendakwa sebagai bekas kakitangan di Jakel mendedahkan bahawa Muzaffar Jekel dan keluarga Jakel sebenarnya memang dari kelompok yang jenis suka mengutuk dan menghina bangsa Melayu.


Loading...

Menurut Nur Syahirah Ramli, setiap kali mesyuarat Muzaffar pasti akan mengutuk dan memaki Melayu yang mana membuatkan beliau untuk berhenti kerja di syarikat itu.

“Dia n keturunan jakel ni mmg suke kutuk melayu pon..dari dlu lg..kli tiap kli metting or prefing dia msti akan kutuk blom kire dia maki lagi..sbb to dlu awal2 angkat kaki..#exstaffjakel..” komen Nur Syahirah.

Zaida Ramli juga turut berkongsikan pengalamannya sewaktu bekerja di syarikat Jakel yang mana menurutnya Muzaffar Jakel memang seorang yang bermulut jahat. Beliau suka mengutuk Melayu dan menghina orang lain sehingga pernah terjadi perang mulut antara beliau dan Muzaffar Jakel.



“Mulut Muzaffar nie mmg cilanat sikit.. Mmg suka kutuk melayu n hina org.. Dia kan kaya raya.. Pernah  kot lawan mulot ngan dia nie.. Dia ingat dia kaya, dia boleh buat n cakap apa dia suka.. #Exstaffjakel #2008” komen Zaida Ramli.



Sebelum ini Muzaffar Jakel menjadi perhatian di media sosial apabila telah menghina Melayu di akaun instagram miliknya.

“Kesian aku dengan orang MELAYU. SOP tu bahasa MELAYU pun tak pandai baca..” komen Muzaffar Jakel.

Komen itu dibuat sebagai reaksi kepada sebilangan orang yang risau dengan kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan untuk beberapa sektor perniagaan membuka kembali perniagaan mereka bermula 4 Mei ini dibawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Walaupun sudah membuat permohonan maaf, perkara itu tidak dapat memuaskan hati sebilangan besar netizen yang mana membawa kepada kempen untuk memboikot Jakel secara besar-besaran. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:


Loading...



Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram