Maki Melayu: Nor Lizah tampil menceritakan perkara sebenar



Kecoh media sosial hari ini apabila adik bongsu kepada taukeh Jakel, Muzaffar Jakel menghina bangsa Melayu.

Walaupun taukeh Jakel, Datuk Faroz Jakel sendiri tampil membuat permohonan maaf, netizen seolah-olah masih belum dapat menerimanya. Kempen memboikot Jakel disuarakan dan nampaknya seperti mendapat sambutan.

Mungkin netizen menjadi bertambah marah dan geram apabila seorang individu yang menggunakan nama Nor Lizah yang memberikan komen yang sangat biadap terhadap bangsa Melayu.

“Betul pun apa yang dia cakap tu, Melayu ni memang bodoh bangang dalam segala hal! Nampak duit mata kabur, baca tak pandai, semua nak minta PM, padahal benda senang nak faham, tak sangka pula Melayu2 ni bodoh bangang sangat 🤣🤣🤣, keturunan asli jadah 😆😆😆, esok pergi beratur kat Jakel menjilat balik...Sembang tak serupa bikin Melayu kat Malaysia ni...😆😆😆” komen Nor Lizah.


Loading...

Tidak lama selepas itu Nor Lizah tampil membuat pengakuan bahawa akaun facebook miliknya telah digodam dan menafikan sebarang komen yang dibuat baru-baru ini.

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah mengambil inisiatif menghubungi Nor Lizah untuk mengetahui perkara sebenar.

Di dalam perbualan mereka Nor Lizah mendakwa kurang mahir dalam menggunakan aplikasi media sosial.

Apabila melihat semua tangkap layar yang tersebar, beliau mengakui seolah-olah komen tersebut dibuat menggunakan akaun facebooknya. Tetapi apabila diperiksa melalui telefon bimbitnya, tiada satu pun komen yang dibuat melalui akaun peribadinya.


Loading...

Menurut Azri yang juga turut popular dengan nama Papagomo, beliau mendedahkan akaun facebook Nor Lizah mungkin tidak digodam, sebaliknya ada orang yang tidak bertanggungjawab telah membuat satu akaun palsu yang baharu dengan menggunakan nama dan gambar Nor Lizah untuk membuat komen-komen jahat tersebut.

Akaun palsu itu seterusnya akan di-deactivate-kan selepas komen-komen jahat itu dibuat.

Nor Lizah sambil menangis memberitahu bahawa beliau mendapat banyak kecaman dan ugutan berikutan wujudnya akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya.

Menurutnya lagi, beliau dapat mengagak siapa dalang disebalik akaun palsu tersebut. Laporan polis telah dibuat siang tadi dan hanya menunggu siasatan lanjut.


Please subscribe

Netizen berasa simpati dengan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh Nor Lizah dan mengharapkan agar mereka yang tidak bertanggungjawab itu akan ditahan oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat.

Bagaimanapun netizen masih tidak dapat memaafkan Muzaffar Jakel yang telah membuat penghinaan secara terbuka yang ditujukan kepada bangsa Melayu.

Tiada maklumat terkini berkenaan Muzaffar. Kali terakhir akaun facebook Muzaffar tidak dapat diakses.

Menurut pemerhatian, kempen memboikot Jakel tetap diteruskan, bahkan menjadi semakin hangat! – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:



Loading...




Loading...








Join our Telegram Channel
Telegram