Hina Melayu, netizen kempen boikot Jakel



Sidang media semalam, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kebenaran untuk beberapa sektor perniagaan membuka kembali perniagaan mereka bermula 4 Mei ini dibawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengumuman yang dibuat kerajaan ini memberikan peluang kepada peniaga untuk membuka kembali perniagaan dengan mengikut standard SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan juga KKM.

Sebilangan rakyat Malaysia dilihat melontarkan perasaan tidak puas hati dan risau dengan kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan ini di media sosial.


Loading...

Syarikat Jakel antara perniagaan yang mengumumkan akan beroperasi semula pada 4 Mei nanti.

Namun, ramai menunjukkan perasaan tidak senang atas pembukaan gedung pakaian itu ekoran penularan wabak Covid-19 yang masih lagi belum reda.

Muzaffar Jakel iaitu adik bongsu Jakel telah memuat naik status di Instagram miliknya respon kepada orang ramai yang mempertikaikan pembukaan gedung mereka.

Malangnya respon Muzaffar itu dianggap biadap oleh sesiapa pun yang membacanya kerana telah menghina bangsa Melayu secara keseluruhannya.



“Kesian aku dengan orang MELAYU. SOP tu bahasa MELAYU pun tak pandai baca..” komen Muzaffar Jakel.



Orang ramai mula memberikan reaksi yang pelbagai dari tindakan Muzaffar itu. Rata-rata menyatakan kekesalan dengan tindakan biadap yang tidak sepatutnya dilakukan kepada mana-mana bangsa.

Tidak cukup dengan itu, keadaan dipanaskan lagi dengan komen seorang individu yang bernama Nor Lizah yang menyokong kenyataan Muzaffar .

“Betul pun apa yang dia cakap tu, Melayu ni memang bodoh bangang dalam segala hal! Nampak duit mata kabur, baca tak pandai, semua nak minta PM, padahal benda senang nak faham, tak sangka pula Melayu2 ni bodoh bangang sangat 🤣🤣🤣, keturunan asli jadah 😆😆😆, esok pergi beratur kat Jakel menjilat balik...Sembang tak serupa bikin Melayu kat Malaysia ni...😆😆😆” komen Nor Lizah.


Loading...

Berikutan itu, slogan boikot Jakel mula dimainkan oleh netizen gara-gara tidak berpuas hati dengan sikap biadap mereka berdua.

Ekoran terlanjur kata, Muzaffar Jakel memohon maaf di atas hantarannya itu. Beliau menganggap orang ramai telah salah faham faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.

Muzaffar Jakel turut menjelaskan SOP yang bakal dilakukan apabila gedung mereka dibuka kembali.

Walaupun begitu, netizen dilihat tetap tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh Muzaffar.

Jakel sebelum ini dikatakan mendapat kontrak puluhan atau mungkin ratusan juta bagi membekal pakaian uniform di Mindef. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:



Loading...




Loading...





Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram