Jakel mohon maaf bagi pihak adik, yelah perkara telah berlalu, katanya



Selepas hampir 24 jam Muzaffar Jakel memuat naik hantaran menghina bangsa Melayu,  Pengarah Urusan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Jakel hari ini tampil memohon maaf atas keterlanjuran adiknya bongsunya.

Menurut Faroz Jakel, tidak tergamak untuk beliau menghina bangsa Melayu yang selama ini menjadi punca kepada rezeki dan kekayaan yang dimiliki.

Faroz mengakui kesalahan adiknya dan mengaku turut terkesan dengan kenyataan yang melampau yang dibuat Muzaffar.


Loading...

“Saya juga terkesan dengan posting tersebut, saya juga marah. Tapi yelah, perkara telah berlalu.

“Segala kekhilafan ini berlaku mungkin kerana salah faham,” kata Faroz.

Faroz juga turut menyalahkan individu lain yang menokok tambah mengenai posting Muzaffar dan menafikan individu tersebut bukan dari pihak Jakel.

“Beliau (Nor Lizah) tidak ada kena mengena dengan keluarga Jakel mahupun dengan rangkaian Jakel,” tambah beliau lagi.


Loading...

Sebelum ini Muzaffar Jakel membangkitkan kemarahan seluruh bangsa Melayu di Malaysia apabila telah menghina bangsa Melayu di akaun instagram miliknya.

“Kesian aku dengan orang MELAYU. SOP tu bahasa MELAYU pun tak pandai baca..” komen Muzaffar Jakel.

Komen itu dibuat sebagai reaksi kepada sebahagian masyarakat yang khuatir dengan kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan untuk beberapa sektor perniagaan membuka kembali perniagaan bermula 4 Mei ini dibawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Muzaffar bagaimanapun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun ia tidak dapat meredakan kemarahan sebilangan besar netizen yang menjurus kepada kempen memboikot Jakel secara besar-besaran. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:


Please subscribe



Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram