Hati Guan Eng sangat pedih, pilu isteri ditahan SPRM



Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan.

Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam.



Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam), dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap.

Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya.

Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas.



Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen.

Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan. – Lim Guan Eng


ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram