Annuar: Pelawaan rasmi kepada Bersatu join MN



Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai pakatan itu, kata Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Katanya Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah membincangkan perkara itu sejak berbulan lalu.


Loading...

“Kira-kiranya kami sudah mempelawa secara rasmi, namun kami tidak tergesa-gesa. Setiap parti ada prosedur termasuk membawa cadangan itu ke majlis tertinggi parti masing-masing untuk dibincangkan.

“Kami hanya tunggu keputusan mereka. Apa yang penting bagi Bersatu, Umno dan PAS ialah kita harus kekalkan hubungan kerjasama yang harmoni,” katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Awam Bukit Kiara di Kuala Lumpur.


Loading...

Muafakat Nasional merupakan kerjasama politik Umno dan PAS yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept tahun lepas.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut yakin perkara itu akan selesai menjelang ulang tahun pertama kerjasama berkenaan. – Bernama


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram