
Kuala Lumpur – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menyelar tindakan PAS yang mengadakan kunjungan terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Menurut Tony, tindakan parti yang berdasarkan agama itu sebagai tidak malu kerana melawat penjenayah terbesar negara.
“Inilah dia. Persahabatan karib antara penjenayah terbesar negara (dan terkenal antarabangsa), Najib Razak dengan pemimpin-pemimpin parti berdasarkan agama.
“Kononnya parti ini menegakkan keadilan, akhlak dan alim. Langsung tak malu.
Loading...
“Apakah mesej yang nak disampaikan kepada rakyat Malaysia, terutamanya anak muda kita? Bahawa, salahgunakuasa, pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah adalah semua OK? soalnya melalui satu kemaskini di laman Facebook sebentar tadi.
Terdahulu Najib memaklumkan menerima kunjungan tetamu yang disifatkan sebagai “sahabat sejati” di kediaman beliau malam tadi.
Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mensabitkan Najib bersalah terhadap 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Menerusi hantaran gambar di akaun Facebook beliau, Najib dilihat berdiri bersama beberapa ahli pimpinan tertinggi PAS.
Loading...
“Saya ada tetamu lewat malam tadi. Tidak perlulah saya mengulas panjang.
“Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang. Tetapi mereka yang sentiasa mendoakan kita,” tulisnya.
Antara yang hadir melawat beliau Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung Takiyuddin Hassan dan ahli majlis Syura, Khairuddin Aman Razali.
Semalam, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan. – SuaraTV
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kes Najib: Orang ramai mula berkumpul di luar mahkamah
- Ahmad Maslan, Asyraf Wajdi, Ahmad Razif tiba di mahkamah beri sokongan Najib
- Najib tiba di mahkamah, penuh dengan ribuan penyokong
- Kronologi kes SRC
- Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah
- Kes SRC: Najib didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan – Hakim
- Prosiding hukuman terhadap Najib ditangguhkan 2 petang ini
- Penyokong Najib badut, bodoh – Cucu Dr M
- Syabas, berbaloi, kata Rafizi selepas mahkamah isytihar Najib bersalah
- Penyokong Najib emosi selepas mahkamah umum Najib bersalah
- Kes Najib: Zahid gesa penyokong UMNO bertenang
- Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
- Hakim benar tangguh hukuman, ikat jamin Najib dinaikkan RM1 juta
- Najib sumpah tak tahu RM42 juta depan hakim
- Terima kasih la, dulu kuat lawan PH sampai jadi menteri, Najib sindir KJ
- Najib masih Ahli Parlimen hingga proses rayuan selesai, kata Speaker
- UMNO akan tentukan hala tuju dalam PN kata Zahid susulan keputusan mahkamah kes Najib
- PAS zahir komitmen bersama UMNO dalam MN kata Hadi
- Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih – Najib Razak
Join our Telegram Channel