Kronologi kes SRC



Kronologi Kes SRC

4 Julai 2018 : Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd

8 Ogos 2018 : Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama

10 Ogos 2018 : Mahkamah Tinggi menetapkan 33 hari bermula 12 Februari 2019 bagi perbicaraan tujuh tuduhan terbabit

13 Disember 2018 : Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan perintah larangan supaya media dan orang awam tidak membicarakan mengenai merit kesnya

Loading...

18 Disember 2018 : Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib berhubung surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah sebagai Pendakwa Raya Kanan

11 Februari 2019 : Mahkamah Rayuan membenarkan Najib untuk menangguhkan perbicaraan kes

21 Mac 2019 : Mahkamah Rayuan menolak tiga daripada empat rayuan interlokutori Najib, benarkan permohonan tangguhkan bicara

27 Mac 2019 : Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib menangguhkan perbicaraan

Loading...

28 Mac 2019 : Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes pada 3 April

3 April 2019 : Perbicaraan bermula selama 58 hari

11 November 2019 : Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tuduhan

3 Disember 2019 : Najib membela diri dan 18 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan, prosiding selama 33 hari

11 Mac 2020 : Pembelaan menutup kes

1 Jun 2020 : Hujahan di akhir kes pembelaan selama 5 hari

28 Julai 2020 :  Keputusan kes




Join our Telegram Channel
Telegram