
KUALA LUMPUR: Prosiding hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah dan pecah amanah serta salah guna kuasa, akan disambung petang ini.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menangguhkan prosiding pada 12.53 tengah hari tadi.
Loading...
Apabila prosiding disambung kelak, hakim akan mendengar hujahan kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan, sama ada proses rayuan bagi meringankan hukuman boleh ditangguhkan kepada tarikh lain selepas sabitan.
Susulan penangguhan prosiding itu, Najib dibawa ke bilik saksi bersebelahan bilik mahkamah.
Loading...
Beliau akan terus berada di situ sehingga prosiding bersambung semula petang ini dan sepanjang tempoh itu, tidak dibenarkan keluar.
Makanan turut dihantar kepada beliau dan turut dibenarkan menunaikan solat di ruang yang disediakan. – Bharian
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kes Najib: Orang ramai mula berkumpul di luar mahkamah
- Ahmad Maslan, Asyraf Wajdi, Ahmad Razif tiba di mahkamah beri sokongan Najib
- Najib tiba di mahkamah, penuh dengan ribuan penyokong
- Kronologi kes SRC
- Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah
- Kes SRC: Najib didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan – Hakim
Join our Telegram Channel