Covid-19: Data Internet percuma sepanjang perintah kawalan



BEBERAPA syarikat telekomunikasi tempatan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat sepanjang tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dengan menawarkan data Internet percuma dan lain-lain kemudahan.

Celcom menawarkan akses Whatsapp tanpa had (chat, suara dan panggilan video), termasuk aplikasi Microsoft 365 kepada semua pelanggan Xpax Pascabayar dan Xpax Prabayar daripada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Pengguna pelan prabayar boleh mendapat akses Internet selama enam jam tanpa had berbanding dengan kebiasaannya tiga jam (8.00 pagi – 6.00 petang) apabila membeli pas Celcom Xpax Ultra Hour pada harga RM2.

Pengguna pelan Pascabayar akan juga menikmati 10% cashback apabila mereka membeli Tambah Nilai Xpax RM10 ke atas melalui app Celcom Life, sementara pengguna Celcom Mega Pascabayar boleh menukar baki kuota Internet bagi mendapatkan cashback Boost e-wallet. Kedua-dua tawaran sah sehingga 30 Jun 2020.


Loading...

Dalam pada itu, Celcom juga memaklumkan bahawa semua pembayaran bil pascabayar akan diberikan lanjutan daripada tarikh perlu bayar.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu mereka menawarkan segala kemudahan ini memandangkan pelanggan Celcom terpaksa bekerja dari rumah atau menghadkan pergerakan. Berikutan itu Celcom telah membuat persediaan agar rangkaian yang dikendalikan oleh mereka dapat menampung permintaan dan perubahan penggunaan, kata ketua pegawai eksekutif Celcom Axiata, Idham Nawawi.

Bagi rangkaian Yoodoo yang dikuasakan oleh Celcom pula, mereka mengumumkan bahawa pengguna aktif akan menikmati data percuma 1GB pada Isnin daripada 23 Mac hingga 27 April 2020. Data akan dikreditkan ke akaun pengguna dan akan tamat tempoh apabila data mingguan selanjutnya diperbaharui.

UMobile pula akan menggandakan kuota data hotspot secara percuma bagi semua pelanggan pascabayar yang menggunakan Unlimited Hero P139 (Hostpot 50GB sedia ada dinaikkan kepada 100GB), Hero P99 (30GB kepada 60GB), GX50 (5GB kepada 10GB) daripada sekarang hingga 31 Mac.


Loading...

Pelanggan Unlimited Hero 139 dan P99 boleh memilih untuk menambah talian kongsi S20 data pada harga hanya RM20/sebulan. Mereka juga boleh berkongsi kuota ‘double hotspot’ dengan pengguna lain yang tidak tinggal bersama mereka.

Pengguna pascabayar hanya perlu memperbaharui atau aktifkan pelan GX38 (Data Hotspot 3GB sedia ada kepada 6GB) sepanjang tempoh MCO untuk menikmati data double hotspot selama 30 hari.

Bagi pengguna prabayar Unifi Mobile Bebas pula mereka akan mendapat pas data mingguan tanpa had secara percuma yang memberikan mereka data tanpa had bagi penggunaan talian liputan LTE selama tujuh hari.

Pelanggan pascabayar akan mendapat 999GB hotspot LTE secara percuma. Bagi mereka yang masih belum mendapat tawaran ini pula ia akan diaktifkan secara berperingkat.

Semua pengguna boleh menyemak Butiran Perkhidmatan melalui myunifi app untuk mengetahui sebarang kemas kini tawaran berkenaan yang sah daripada sekarang hingga 1 April. – BebasNews

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram