Tak sokong bantuan RM600, Pudin dibalun Bossku



Dalam sidang akhbar, bekas Menteri PH mempertikaikan langkah kerajaan PN untuk membayar bantuan bulanan RM600 kepada pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji akibat wabak Covid.

Dia kata ini kerana pendapatan negara sudah berkurang akibat harga minyak dunia jatuh dari US$62 ke bawah US$30 dalam tempoh 3 minggu lalu.

“Saya fikir kedudukan kewangan kerajaan sekarang menjadi sangat-sangat runcing,” katanya dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan.

Loading...

Eh.. Pudin.

Habis itu?

Kerajaan PN tak perlu bantu Rakyat yang terjejas ke?

Siapa yang jarah RM104 bilion dari Petronas, naikkan kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak (dependency on oil revenues) dari 12.7% pada akhir 2017 ke 33% dan menyebabkan Petronas diturunkan penarafan buat kali pertama dalam sejarah pada bulan Jun 2019 lalu?

Siapa yang tingkatkan defisit negara tiap-tiap tahun selepas PRU14 dengan banyak dan siapa yang meminjam RM140 bilion masa mereka kerajaan sehingga nisbah hutang negara naik dari 48.7% pada Mac 2018 sebelum PRU14 ke 53% tahun lalu sehingga kerajaan PN tiada ruang yang besar untuk pakej rangsangan ekonomi?

Loading...

Sekarang mahu sembang pulak.

Kerajaan PN, jangan hirau orang ini.

Teruskan untuk membantu Rakyat terjejas seberapa yang mungkin. – Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram