Najib pelik Khalid beri alasan rumah PPR sempit pertikai Perintah Kawalan Pergerakan



Dia tak senang dengan perintah kawalan pergerakan kerajaan PN.

Dia bimbang jika semua tak dibenarkan keluar maka akan timbulnya masalah bagi mereka yang duduk rumah PPR kerana rumah PPR terlalu sempit.

Baiklah... Najib bantu jawab lagi.

1. Orang ramai masih dibenarkan keluar dari rumah. Ini bukan curfew atau lockdown. Penduduk PPR tidak dilarang keluar rumah. Cuma digalakkan untuk tidak keluar dalam tempoh 2 minggu ini.


Loading...

2. Semua penduduk projek PPR bukan duduk kat satu flat sahaja. Mereka duduk dalam flat mereka masing-masing.

Dah bertahun-tahun mereka duduk kat sana.

Apanya yang susah untuk duduk 2 minggu lagi kat flat sama dalam tempoh perintah ini?

Pun begitu, apa cadangan dia untuk menyelesaikan "masalah" duduk terlalu sempit dalam PPR pada tempoh perintah ini?

Adakah dia akan ajak penduduk PPR untuuk menginap kat rumah dia di Shah Alam atau ajak duduk kat banglo tanpa kolam renang Guan Eng untuk 2 minggu ini ke?


Loading...

Sebelum menjadi kerajaan, mereka hasut tanpa logik.

Masa jadi kerajaan, mereka lembab dan gagal.

Selepas kerajaan mereka tumbang, mereka meroyan tanpa hala. – Najib


Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram