Agong batal perlantikan menteri-menteri


Ketua Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat perdana menteri sebelum ini.

"(Ia) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan perdana menteri."

Loading...

"Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama," kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

Mohd Zuki sebelum ini mengesahkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.

Loading...

Katanya, pelantikan itu sementara menunggu seorang perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum itu, Dr Mahathir meluangkan kira-kira sejam setengah megadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Loading...

Sementara itu, menurut sumber yang rapat dengan isu perlembagaaan berkata, Seri Paduka mungkin mengambil masa sehingga 10 hari untuk menentukan pihak mana yang mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Terdahulu, Mahathir membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.

Loading...

Pemimpin PH, selepas pertemuan dengan Mahathir pagi ini, mendakwa perdana menteri kecewa dengan gabungan baru itu kerana dirinya tidak mahu bekerjasama dengan Umno. Bagaimanapun, Mahathir belum menjelaskan perkara itu secara terbuka dengan mengadakan sidang media.

Peletakan jawatan Mahathir mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini beliau berkali-kali mangatakan bahawa beliau akan kekal sebagai perdana menteri sehingga selesai Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Apec November ini. – Mkini

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:
Loading...


Join our Telegram Channel
Telegram