Dr Mahathir letak jawatan PM, tak serah jawatan kepada Anwar



Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengesahkan Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri

“Surat tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi.

Malaysiakini juga difahamkan pemimpin-pemimpin kanan bersatu sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.



Sebelum ini, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumukan bahawa parti itu telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas parti yang diadakan semalam.

Dr Mahathir yang juga adalah pengerusi Bersatu dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu. – Mkini


Join our Telegram Channel
Telegram