Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM



Dr Mahathir Mohamad membuat satu lagi kejutan dengan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Peletakan jawatan itu diumumkan tidak lama selepas beliau disahkan berundur sebagai perdana menteri.


Loading...

Ia juga dibuat selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan.

“Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Loading...

“Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini,” menurut kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu sebentar tadi.

Sebab peletakan jawatan itu tidak dinyatakan. – Mkini

Loading...




Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram