PM letak jawatan, Kabinet terbubar – Prof Dr Ramlah Adam



SELEPAS Perdana Menteri meletak jawatan, secara rasmi barisan kabinetnya juga terbubar, kata Penganalisis Politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam.

Ramlah memberi reaksi itu selepas Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, 1 tengah hari tadi, berikutan desas-desus mengenai pensejajaran semula kerajaan.

Loading...

Beliau berkata, selepas Dr Mahathir meletakkan jawatannya, semua menteri di kementerian perlu mengosongkan Kabinet.

“Semua dokumen sulit berhubung pentadbiran perlu ditinggalkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Loading...

Ditanya mengenai pentadbiran kerajaan di peringkat negeri, Ramlah berkata, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menetapkan, ia hanya terpakai untuk jawatan Kabinet di peringkat Persekutuan sahaja.

“Di peringkat negeri, pentadbiran berjalan seperti biasa, namun mereka perlu menunggu keputusan yang dimuktamadkan di peringkat Persekutuan,” katanya.

Loading...

Dalam pada itu, Beliau menegaskan barisan Kabinet baharu perlu ditubuhkan segera kerana dikhuatiri membuka ruang menggugat ketenteraman negara.

“Jika keputusan ini tidak dimuktamadkan segera, pihak berkuasa termasuk tentera dan polis akan memantau keadaan ketika negara kerana tidak mempunyai kerajaan.

“Sekiranya pembentukan kerajaan baharu tidak dibuat dengan cepat, kita bimbang ia membuka ruang huru-hara terjadi,” katanya.

Loading...

Hari ini, portal berita tempatan melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ini memangku jawatan nombor satu negara itu.

Selain itu, turut tular di media sosial mengatakan kerajaan negeri juga ‘terjejas’ berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri itu. – HMetro

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram