Kelulusan operasi sila tanya MITI, susah saya nak jawab – Ismail Sabri



PETALING JAYA: Isu yang berbangkit berkaitan kelulusan operasi ketika sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu di rujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara membabitkan kelulusan operasi sudah diserahkan kepada MITI untuk diputuskan.

“Saya susah nak jawab sebab kita sudah menyerahkannya kepada MITI, jadi MITI boleh jawab,” katanya katanya dalam sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keluhan orang ramai berhubung kekeliruan kebenaran operasi perkhidmatan perlu sepanjang pelaksanaan PKP penuh.

Kekeliruan itu juga turut dibangkitkan dalam kalangan warganet meluahkan kekecewaan dengan sistem Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselia MITI apabila ada yang mendakwa mereka sukar mendapat kelulusan meneruskan operasi.

“Sudah daftar malam tadi tetapi masih belum dapat kelulusan,” itu antara luahan warganet di ruangan komen Facebook MITI mengenai isu permohonan surat kebenaran beroperasi bagi sektor ekonomi perlu. – FMT




Join our Telegram Channel
Telegram