Puluhan kereta mewah Macau Scam dirampas, dikaitkan dengan Shuib Sepahtu



BEBERAPA hari lalu negara dikejutkan dengan berita mengenai seorang selebriti tempatan, Shuib Sepahtu dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pengubahan wang haram didalangi sindikit ‘Macau Scam’.

Bagaimanapun selebriti popular itu dilepaskan selepas ditahan hampir 23 jam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan, terbaru, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti penggubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti.


SPRM juga dikatakan menyita 24 kenderaan mewah dan kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

Walaupun tidak didedahkan identiti suspek, di media sosial berlegar gambar dan video pasangan suami isteri itu memperagakan kehidupan mewah mereka.

Memetik laporan portal akhbar tempatan, SPRM memaklumkan ada dalam kalangan pegawai agensi keselamatan dikesan menerima bayaran bagi melindungi kegiatan pelaburan Macau Scam ini.

Sehubungan itu siasatan lanjut masih lagi dilakukan.


Sementara itu netizen pula mula membandingkan setiap kereta yang dirampas oleh SPRM itu dengan kereta yang dimiliki oleh Shuib.

Shuib sebelum ini ada berkongsikan beberapa gambar kereta yang dilihat seakan-akan kereta yang dimiliki oleh scammer tersebut.

Antaranya termasuklah kereta mewah serba kuning yang digunakan sewaktu pelancaran Bubblebee pada 5 Julai yang lalu.

Adakah kereta mewah tersebut adalah kereta yang sama dimiliki oleh scammer Macau Scam? – Sinarplus / Cinca 


ARTIKEL BERKAITAN:
  










































Join our Telegram Channel
Telegram