Shafie calon PM cadangan je, belum muktamat, kata DAP-PAN



PETALING JAYA: Cadangan menamakan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri akan dibincangkan di peringkat kepimpinan Amanah dan DAP serta dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk diputuskan secara bersama.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata dalam satu kenyataan bersama berkata, pertemuan beberapa pimpinan DAP dan Amanah sebelum ini dengan Dr Mahathir Mohamad merupakan pertemuan tidak rasmi.

Loading...

“Amanah dan DAP berpandangan ia adalah suatu opsyen baru untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Warisan dalam pilihan raya umum ke-14 lalu,” katanya.

Terdahulu hari ini, Mahathir mendedahkan bahawa kumpulannya bersama-sama DAP, Amanah dan Warisan bersetuju mencadangkan supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai timbalan perdana menteri 1 dan anaknya Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri 2 sekiranya Shafie dilantik sebagai perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian selepas pembangkang mengambil keputusan sebulat suara untuk menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri seterusnya sekiranya gabungan itu kembali berkuasa.

Loading...

Menurut Mahathir, Shafie merupakan salah seorang pemimpin asal yang menentang kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihan raya umum ke-14 lagi.

Bahkan katanya, Shafie adalah pemimpin awal yang menjadi mangsa pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak.

Tambah Mahathir lagi, selain membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, beliau juga akan menyokong usul mencalonkan Shafie sebagai perdana menteri. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram