Kenyataan Tun M masih pengerusi, Marzuki bakal diganti – Redzuan



KUALA LUMPUR: Tindakan setiausaha agung PPBM Marzuki Yahya memaklumkan bahawa Dr Mahathir Mohamad masih lagi pengerusi parti itu boleh mengelirukan ahli dan rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata, tindakan Marzuki yang mendakwa Mahathir masih berkuasa dalam parti tidak boleh diterima.

Katanya, peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi parti baru-baru ini menjadikan bekas perdana menteri itu tidak lagi “berkuasa” seperti dahulu.


Loading...

“Seseorang itu yang sudah meletakkan jawatan atau berhenti boleh kembali mencalonkan diri sebagai pengerusi dalam satu proses pemilihan parti.

“Apapun kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha agung melanggar perlembagaan parti dan saya nasihatkan Marzuki supaya berhenti keluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan ahli PPBM dan rakyat.

“Kita tidak mahu berpolitik dan kita nak bangunkan negara,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman presiden PPBM Muhyiddin Yassin di sini, pagi ini.


Loading...

Katanya, ketika ini sebagai presiden Muhyiddin paling layak untuk memangku jawatan pengerusi parti.

Beliau juga mencadangkan supaya jawatan Marzuki diganti segera bagi meredakan keadaan.

“Muhyiddin ada kuasa eksekutif dan ada tugas untuk mengadakan mesyuarat tergempar sekarang. Kita tidak boleh bagi setiausaha agung (Marzuki) panggil mesyuarat kerana melanggar disiplin parti.


Loading...

“Saya rasa dengan kebijaksanaan presiden sendiri akan membawa satu kenyataan supaya menggantikan setiausaha agung sebelum sebarang mesyuarat diadakan,” kata Redzuan yang yakin majoriti ahli parti masih bersama Muhyiddin dan barisan kepimpinan akan kembali rapat.

Semalam Muhyiddin berkata, Mahathir bukan lagi pengerusi PPBM berkuatkuasa 24 Februari 2020, iaitu tarikh beliau meletak jawatan.

Katanya, menurut Fasal 16.9 perlembagaan parti, jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu. – FMT


Loading...


Please subscribe


Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram