Hanya tiga Ahli Parlimen Bersatu menentang Muhyiddin



TUN Dr Mahathir Mohamad perlu melalui proses pemilihan semula parti jika beliau ingin kembali menjadi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, mengikut perlembagaan parti, mereka yang meletak jawatan atau diberhenti perlu dipilih semula melalui pemilihan parti.


Loading...

Menurutnya, sepatutnya tidak ada isu yang perlu digembar-gemburkan kerana Dr Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

"Mengikut perlembagaan parti selepas beliau meletak jawatan untuk dilantik semula perlu melalui proses pemilihan dalam parti semula.


Loading...

"Sekarang ini, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memangku jawatan Pengerusi itu dan sebab itu saya minta Setiausaha Agung (Datuk Marzuki Yahya) berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ahli parti," katanya ketika ditemui di perkarangan rumah Muhyiddin, di Bukit Damansara, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, kenyataannya berkaitan jawatan Pengerusi Bersatu dan beberapa isu dilihat melanggar perlembagaan parti.


Loading...

Beliau juga tidak menolak atas kebijaksanaan Presiden akan menggantikan jawatan Setiausaha Agung sekarang yang melanggar perlembagaan parti.

"Isu enam Ahli Parlimen menentang Presiden juga tidak benar sebaliknya hanya tiga orang saja iaitu Dr Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Loading...

"Kita hormat dengan prinsip mereka namun ahli diminta bertenang dan kita akan perbaiki bagi merapatkan saf kembali untuk membina negara," katanya.

Beliau juga akan mencadangkan Exco Armada Nasional, Muzzammil Ismail memangku jawatan Ketua Armada jika benar Syed Saddiq melanggar perlembagaan parti kepada Muhyiddin sebelum pemilihan baru diadakan.


Loading...

"Berhentilah berpolitik kerana kita nak bangunkan negara selepas rakyat resah dalam seminggu ini," katanya. – HMetro


Please subscribe

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram