Covid-19: Cara keluarkan wang KWSP RM500 sebulan, bermula 1 April



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) memudahkan akses simpanan KWSP melalui i-Akaun (Ahli), di mana ahli boleh menyemak baki simpanan setiap akaun (Akaun 1, Akaun 2), menyemak dividen tahunan KWSP.

Melalui I-Akaun anda boleh melakukan pengeluaran KWSP secara online melalui laman web rasmi KWSP pada bila-bila masa.

Untuk makluman, pengeluaran KWSP Akaun 2 boleh dilakukan sekiranya anda mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun.

Khasnya bagi pengeluaran KWSP Akaun 2 COVID-19 yang diumumkan kerajaan dalam senarai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan. Untuk membuat pengeluaran RM500 sebulan anda perlulah mendaftarkan i-Akaun KWSP.

Bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda boleh membuat pendaftaran dengan segera.

Tatacara pendaftaran dan pengeluaran KWSP Akaun 2 adalah seperti di bawah.


Loading...

Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP

1. Pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk iAkaun anda.

2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.

3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.

* Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.

4. Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.

5. Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda.

* Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.

6. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

7. Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.


Loading...

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bantuan COVID-19 / i-Lestari

Semua pencarum KWSP yang berumur 55 tahun kebawah dibenarkan memohon i-Lestari. RM500 yang diberikan setiap bulan akan diambil daripada Akaun 2 masing-masing.

Had pengeluaran maksimum ialah RM500 sebulan selama setahun. Walau bagaimanapun, jika anda tak mahu keluarkan RM500 pun boleh kerana had minimum ditetapkan adalah RM50.

Sekiranya permohonan anda lulus, maka anda akan terima RM500 sebulan selama 12 bulan sehingga Mac 2020. Ia menjadikan jumlah tunai yang anda terima diakhir i-Lestari adalah RM6000.

Dalam hal yang berkaitan, pencarum yang ingin memohon perlulah melihat baki Akaun 2 masing-masing. Jika tak mencukupi untuk dikeluarkan, permohonan anda akan ditolak. Begitu juga dengan baki tidak cukup semasa i-Lestari berjalan, maka anda akan terima apa yang ada dalam Akaun 2, sehingga licin.

Satu perkara yang perlu anda tahu. Sekiranya anda mula mendapat tunai melalui i-Lestari, anda tak boleh berhenti ataupun ubah tunai yang ingin dikeluarkan sehingga program tamat.

KWSP akan mengkreditkan tunai masuk ke akaun bank yang didaftarkan semasa anda memohon i-Lestari.


Loading...

Bagaimanakah cara-cara untuk memohon?

1. Permohonan secara atas talian

Kaedah yang paling mudah dan disyorkan adalah memohon secara dalam talian melalui i-Akaun Ahli. Hanya pergi ke portal rasmi, log masuk ke i-Akaun anda, kemudian pergi ke bahagian “Pengeluaran”. Opsyen i-Lestari akan tersedia mulai 1 April.

2. Penghantaran emel

Sebagai alternatif, anda boleh menghantar borang melalui mailto:ilestarimohon@epf.gov.my.

3. Penghantaran melalui pos

Pilihan terakhir adalah menghantar borang melalui perkhidmatan pos. Semua aplikasi mesti dialamatkan kepada:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya.

Anda juga diminta untuk menulis: (Perhatian kepada: i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Menurut KWSP, mereka menggalakkan anda untuk membuat permohonan secara atas talian bagi mendapatkan kelulusan lebih cepat kerana pilihan e-mel dan pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk pengesahan. Sayangnya, untuk ahli bukan KWSP Malaysia, anda hanya boleh memohon melalui e-mel atau pos.

Permohonan boleh dibuat pada 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram