Kekayaan meningkat, kroni Dr M, Robert Kuok kekal individu terkaya Malaysia dengan RM50.3b



Sepanjang menempuh pandemik Covid-19, dapat dilihat sejumlah besar individu yang mengalami kesulitan dengan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Namun ada juga individu yang tidak terkesan bahkan ada yang berjaya meningkatkan jumlah aset lebih banyak berbanding sebelum zaman covid.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 menyaksikan kekayaan kolektif bagi 50 individu ini meningkat sebanyak $90 bilion (RM381 bilion) pada tahun ini selepas mencatatkan penyusutan selama dua tahun.


Tan Sri Robert Kuok yang menerajui empayar hartanah dan komoditi kekal sebagai Individu Terkaya Malaysia dengan kekayaan sebanyak $12.2 bilion (RM50.3 bilion).

Beliau juga merupakan individu tertua yang berada dalam senarai dengan usia 97 tahun.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong pula kekal berada di tempat kedua dengan kekayaan sebanyak $9.6 bilion (RM39.58).

Selain itu, senarai yang dikeluarkan turut menampilkan lima individu baharu.

Kuam Kam Hon dan Lim Wee Chai daripada syarikat Hartalega Holdings dan Top Glove di mana masing berada dalam kedudukan 10 terbaik berikutan permintaan tinggi sarung tangan seluruh dunia sewaktu pandemik.


Tan Yu Yeh dan Yu Wei daripada syarikat Mr D.I.Y. Group berjaya menduduki tempat ke-10 dengan kekayaan sebanyak $2.7 bilion.

Dalam pada itu, dilaporkan tujuh individu yang berada dalam senarai tahun lalu gagal berada dalam senarai tahun ini termasuk Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun daripada syarikat AirAsia.

Keadaan pandemik yang berlanjutan secara tidak langsung membuatkan industri penerbangan gagal beroperasi dengan baik.

Ketahui lebih lanjut mengenai senarai yang dikeluarkan Forbes ini dengan klik di sini. – Vocket

 

Join our Telegram Channel
Telegram