Benarkah Zahid tidak boleh bertanding PRU15?



Kerap kali saya dengar ,

"Dato Seri Zahid Hamidi tidak boleh lagi bertanding pada PRU15 seperti DS Najib Razak kerana sudah didapati bersalah dalam kes kes yang beliau hadapi."

Jelas, masih ramai tidak tahu fakta mengenai perjalanan dan fakta kes DS Zahid berbanding kes DS Najib.

Untuk kes SRC DSN, beliau memang sudah didapati bersalah di Mahkamah Tinggi. Tetapi, beliau kini sedang menanti keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan, dan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan sehingga sekarang.


Bagi kes DSZH pula, terdapat dua perbicaraan yang dihadapi beliau. Satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melibatkan 10 pertuduhan Seksyen 409 Kanun Keseksaan, 8 pertuduhan Seksyen 16(a)(😎 SPRM dan 27 pertuduhan Seksyen 4(1) AMLA.

Secara ringkasnya, kes yang melibatkan yayasan beliau, iaitu Yayasan Akal Budi.

Satu lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam berkaitan pertuduhan menerima rasuah dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang saya ulas baru baru ini.

Ok, apa status DSZH sekarang dalam kes kes ini? Bagi kedua dua kes ini, DSZH masih belum didapati bersalah. Fakta ini penting.


Bagi kes di MTKL, ia masih diperingkat hujahan terakhir kes pendakwaan. Mahkamah akan memutuskan selepas hujahan hujahan tersebut samada DS Zahid dilepaskan dan dibebaskan (tidak bersalah) atas pertuduhan tersebut atau diarahkan untuk membela diri.

Untuk kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam, ia masih diperingkat perbicaraan.

Berbalik kepada persoalan diatas tadi, benarkah DSZH tidak boleh bertanding dalam PRU nanti kerana sudah didapati bersalah? Jawapannya, tidak benar.

In shaa Allah, saya akan berikan fakta fakta kes DSZH di MTKL dalam waktu lockdown untuk kita sama sama faham apa yang berlaku dalam mahkamah.

Cheras

 

Join our Telegram Channel
Telegram