Semua boder tutup ngok!! Bahalol – Sajat nafi ke Thailand sebenarnya di JB



6 April lepas, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Harian Metro melaporkan bahawa sumber terdekat memberitahu bahawa samada dia menggunakan laluan tikus atau menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.


Kes pelariannya itu diakui oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri, namun begitu tidak dinyatakan secara spesifik lokasi pelariannya.

Namun begitu, dalam satu perkongsian  menerusi Instagram hari ini, Sajat menafikan bahawa dirinya kini sedang berada Thailand, dia mendakwa dirinya kini sedang berada di Johor Bahru apabila ada netizen menegur dirinya.

"hahahaha hey org ada kat jb la ngok!!!! Celah mana nak pergi thailand tu?? Ko Ingat bapak Aku wakil rakyat thailand ker!! Semua boder tutup ngok!! Bahalol 😆😆😆😆"


Dalam respon komen itu, Sajat menyatakan bahawa dia sendiri akui bahawa dirinya tak boleh lari ke negara tersebut kerana sempadan ditutup berikutan dengan Covid-19 ini.

Untuk rekod, Muhammad Sajjad telah mencetuskan kontroversi apabila dia ada  memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais). – LobakMerah / Cinca





Join our Telegram Channel
Telegram