#KerajaanGagal Najib hairan mengapa Umno, BN masih sokong kerajaan PN



Najib jawab Najib.

Sebenarnya, saya segan untuk mengulas tentang hashtag #kerajaangagal ini sebab menteri-menteri UMNO dan BN masih meyokong dan merupakan sebahagian dari kerajaan PN.

Seperti diulas saya 6 bulan dahulu pada Oktober tahun lepas, saya sudah ramal bahawa UMNO-BN bakal dikaitkan dengan kegagalan kerajaan dari segi ekonomi, covid dan langkah-langkah yang tidak akan disenangi Rakyat seperti apa yang berlaku ketika ini.

Tapi masa saya ulas itu, dorang guna propaganda bahawa saya mahu sokong Anwar sebab mahu kes-kes saya diselesaikan pulak.

26 Okt 2020: Rujuk di sini.


Saya mula sedar bahawa niat kerajaan PN sudah tak betul apabila mereka kali pertama meminta darurat dan parlimen digantung pada bulan Okt 2020 tanpa berbincang dengan parti kita sebab saya berpendapat bahawa ianya tidak akan membantu dalam usaha mengawal Covid dan akan lagi melemahkan ekonomi dan pelaburan asing yang sudahpun lemah akibat kerajaan yang tak stabil dengan majoriti tipis.

Ini terbukti benar hari ini bahawa darurat tak membantu manakala pelaburan asing kami junam ke paling rendah dalam ASEAN berbanding paling tinggi sebelum PRU14.

Saya juga kecewa dengan langkah-langkah mengawal Covid yang diambil kerajaan masa itu.

Misalnya, tidak mewajibkan kuarantin bagi mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN Sabah dan selepas itu bertukar menjadi kurantin kendiri untuk 3 hari sahaja walaupun KKM sendiri sedar bahawa purata tempoh inkubasi Covid adalah 6 hari.

Sebab itu, saya pilih untuk kuarantin kendiri selama 14 hari walaupun arahan adalah hanya untuk 3 hari.

Melihat ini, saya saran kerajaan untuk sekat rentas negeri serta-merta memandangkan jumlah kes baru Covid di Semenanjung cuma dalam puluhan kes sehari masa itu tapi tidak dilayan kerajaan.

"5 October 2020: Najib cadang sekatan rentas negeri bendung Covid-19". Rujuk di sini.


Pandangan saya ialah jika Covid terkurung di Sabah dan tidak merebak dalam Semenanjung, kerajaan boleh tumpukan seluruh usaha untuk membendung dan mengawal Covid di Sabah dalam masa tersingkat.

Tapi ini tidak berlaku dan gelombang ketiga yang bermula pada bulan Oktober itu telah berlanjutan sehingga hari ini.

Jika Covid terkawal, ekonomi memulih dan pelaburan asing masuk maka kerajaan tak perlulah guna begitu banyak wang untuk pakej-pakej bantuan sehingga PM8 terpaksa mengaku kerajaan hari ini tiada banyak wang lagi.

Dari bulan Oktober lagi, saya sudah beri amaran kepada UMNO bahawa kita sudah tentu akan disalahkan telah gagal dalam mengawal ekonomi walaupun UMNO langsung tidak mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi memandangkan PPBM memonopoli jawatan Perdana Menteri, Menteri kanan yang paling kanan, Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMNO, PAS atau mana-mana parti lain.

Sebab itu, saya segan untuk memberi komen tentang hashtag #kerajaangagal walaupun saya juga tak faham kenapa sehingga hari ini UMNO dan BN masih mahu berkait dengan kerajaan yang gagal melainkan ada yang lebih mementingkan jawatan berbanding kepentingan negara, Rakyat dan parti.

– Najib Razak



Join our Telegram Channel
Telegram