Selepas FB Istana Negara, netizen serang Muhyiddin di FB Jokowi



JAKARTA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sambutan negara di Istana Merdeka di sini, pada hari ini (Jumaat), sempena lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Muhyiddin tiba di istana berkenaan pada pukul 10.30 pagi dan disambut oleh Presiden Indonesia Joko Widodo.

Muhyiddin kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat oleh Pasukan Keselamatan Presiden Indonesia.

Perdana Menteri tiba di Jakarta pada Khamis bagi memulakan lawatan rasmi yang menandakan hubungan erat selama 62 tahun antara kedua-dua negara.


Ini merupakan kunjungan pertama Muhyiddin ke negara Asia Tenggara setelah menjawat jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

Muhyiddin kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi, panggilan mesra Presiden Indonesia itu dan lawatan ini akan menjadi platform bagi kedua-dua pemimpin untuk memperkukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian akan mengadakan sidang media bersama selepas perbincangan berkenaan.

Pertemuan ini akan membolehkan Malaysia untuk mengetengahkan dasar dan pendirian terkini kerajaan, terutama mengenai isu-isu berkaitan kepentingan dan manfaat bersama.


Sementara itu halaman facebook Jokowi mula diserang oleh netizen.

Namun serangan itu bukanlah ditujukan kepada Jokowi sebaliknya ditujukan kepada Muhyiddin.

Pelbagai kecaman diberikan kepada Muhyiddin berikutan pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan oleh Perdana Menteri Malaysia itu.

Sebelum ini netizen turut menyerang Ahli Parlimen Pagoh itu di halaman facebook Istana Negara. – Awani / Cinca




Saya dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin siang ini membahas isu kawasan, terutama mengenai...

Posted by Presiden Joko Widodo on Friday, 5 February 2021

 

Join our Telegram Channel
Telegram