Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak



PETALING JAYA: PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang baharu, selepas pentadbiran Ahmad Faizal Azumu tumbang susulan kalah undi percaya yang dibawa parti sekutu, UMNO.

Keputusan PAS itu yang diumumkan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan menimbulkan tanda tanya dalam hubungan parti itu dengan UMNO – sekurang-kurangnya di Perak.

“Meskipun demikian, PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” kata Takiyuddin dalam kenyataan.


Takiyuddin memaklumkan tiga wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Perak – Mohd Akmal Kamaruddin (Selama), Khalil Yahaya (Kubu Gajah), dan Razman Zakaria (Gunong Semanggol) – mengundi menyokong kepimpinan Faizal selaras pendirian Lajnah Politik PAS Pusat.

Pentadbiran Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, tumbang selepas hilang sokongan majoriti wakil rakyat apabila usul percaya diundi secara belah bahagi pagi tadi – sebanyak 48 ADUN tidak menyokongnya berbanding hanya 10 yang menyokong.

UMNO mempunyai 25 ADUN, PPBM 4, dan PAS 3.


ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim, yang membawa usul itu berkata ia dibawa bagi menentukan keabsahan kerajaan negeri yang selama ini didakwa pembangkang sebagai “kerajaan pintu belakang”.

PAS merupakan sekutu PPBM dalam Perikatan Nasional, dan menjalin kerjasama dengan UMNO – yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di Perak – menerusi Muafakat Nasional.

facebook sharing button twitter sharing button whatsapp sharing button  – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram