Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB



IPOH: Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu, akur dengan kekalahannya apabila usul undi percaya diundi secara belah bahagi di Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.

Beliau berjanji penubuhan kerajaan negeri baharu “akan berjalan lancar”.


Bercakap di Dewan sejurus selepas keputusan undian diumumkan, Faizal berkata negara menghadapi krisis akibat pandemik Covid-19 justeru isu-isu politik tidak harus dipanjangkan.

“Peralihan kepada kerajaan baharu akan lancar demi kebaikan rakyat,” katanya. – FMT 



Join our Telegram Channel
Telegram