Kit Siang sendiri tidur dengan kleptokrat, henti label Umno parti kleptokrat, kata Zaid Ibrahim



PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang harus berhenti melabelkan Umno sebagai parti kleptokrat, kata bekas pengerusi DAP Kelantan Zaid Ibrahim.

“Dia (Kit Siang) berada di tempat tidur dengan kleptokrat.

“Dia mungkin sedang tidur bersama mereka.


“Hanya kerana kleptokrat ini tidak didakwa dan meninggalkan Umno tidak bermaksud mereka lebih “bersih” daripada Umno,” katanya di Twitter.


Bagaimanapun Zaid tidak mendedahkan “kleptokrat” yang bekerjasama dengan Lim itu.

Beberapa pemimpin Umno yang meninggalkan atau dipecat dari parti itu menubuhkan PPBM sebelum ini.

PPBM adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ia jatuh berikutan pengunduran bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan PPBM menarik diri daripada gabungan PH pada awal tahun ini.


PPBM kini menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang juga disokong oleh Umno.

Awal hari ini, Lim, yang merupakan ahli Parlimem Iskandar Puteri dalam catatan di blognya, bertanya apakah “pemimpin kleptokrat Umno” merupakan musuh terburuk orang Melayu dan negara yang menghalang mereka bersaing di peringkat dunia.

Zaid juga merupakan bekas menteri era kerajaan Mahathir. – FMT

 

Join our Telegram Channel
Telegram