
KUALA LUMPUR: UMNO Sabah akan mempertahankan semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, selain bersedia menempatkan calon di beberapa kerusi baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata, UMNO Sabah turut menimbang untuk bertanding mana-mana 13 kerusi baharu DUN di negeri itu.
Katanya, penilaian utama pemilihan kerusi bertanding akan dibuat berdasarkan potensi dan kebolehan untuk parti menang di kawasan berkenaan.
"Kawasan yang mana sokongan kita kuat dan ada sekurang-kurangnya 60 peratus sokongan, kita akan tanding di sana.
Loading...
"Esok UMNO Sabah akan adakan mesyuarat dan kita akan tentukan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Selepas UMNO Sabah memuktamadkan jumlah kerusi yang ditandingi, beliau berkata, pimpinan negeri akan berbincang dengan UMNO pusat untuk membuat penilaian dan persiapan.
Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, UMNO dilihat berpotensi menang di beberapa kerusi daripada 13 DUN baharu terbabit.
"Kita sudah menilai ada kerusi yang kita cukup sokongan dan boleh menang. Mungkin kita letakkan calon di DUN baharu itu," katanya.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Rohiman Rahia, dilaporkan berkata, sebanyak 73 kerusi DUN berbanding 60 kerusi pada PRU lalu akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.
Loading...
Sebanyak 13 DUN berkenaan ialah N02 Bengkoka, N06 Bandau, N08 Pintasan, N13 Pantai Dalit, N17 Darau, N24 Tanjung Keramat, N27 Limbahau, N44 Tulid, N47 Telupid, N51 Sungai Manila, N58 Lamag, N61 Segama dan N70 Kukusan.
Mengenai keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah bakal meletak calon di 45 kerusi pada PRN, Bung Moktar berkata, ia terserah kepada mereka namun yakin ia akan dibincangkan bersama parti lain.
"Ya, saya ada dengar namun dia (BERSATU) juga berkata sedia berbincang dengan parti lain.
"Kita lihat nanti, UMNO juga akan memutuskan kawasan mana dan kita sedia untuk berbincang juga.
"Apa pun kita akan putuskan dulu kawasan mana (akan tanding). Kemudian kita akan bawa dalam perbincangan dengan UMNO pusat sebelum parti lain," katanya mengulas kenyataan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.
Mengenai siapa akan dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar berkata, ia akan ditentukan kelak. – Bharian
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Shafie Sabah pasti tumbang kata MP Kimanis
- TERKINI: Kerajaan Warisan Sabah tumbang
- PKR akan ambil tindakan ke atas Adun sokong Musa Aman
- Polis adakan sekatan di laluan pintu masuk utama Istana Negeri malam ini susulan tumbangnya kerajaan Warisan Sabah
- Shafie menghadap YDP Sabah malam tadi, sidang media 10 pagi hari ini
- Shafie mengadap YDP sekali lagi pagi ini
- TERKINI: Musa Aman tiba Istana Negeri dijangka angkat sumpah
- TERKINI: Shafie umum bubar DUN Sabah
- Kali kedua saya dianiaya, kata Musa Aman
- Musa dihalang masuk laluan Istana Negeri
- Selepas sejam Musa masih dihalang masuk laluan Istana Negeri
- DUN Sabah rasmi bubar hari ini
- Sokong Musa, PKR pecat ADUN Inanam
- Bersatu mahu tanding 45 dari 73 kerusi di PRN Sabah
Join our Telegram Channel