
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meletak calon di 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Hasrat tersebut disuarakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan hari ini.
“Kita sudah bersiap-sedia dan mengenal pasti 45 kerusi DUN yang akan ditandingi calon BERSATU,” katanya.
Loading...
Menurut beliau, Bersatu Sabah akan bermesyuarat minggu depan mengenai persiapan jentera parti di setiap kawasan DUN Sabah.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu Bersatu menang sembilan daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Warisan (31) DAP (6), Upko (4), PKR (2) dan pembangkang mempunyai tujuh Adun, terdiri daripada empat wakil GBS dan tiga wakil Star.
Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.
Loading...
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan, namun pada Julai tahun lepas Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, menjadikan kedudukan semasa 73 kerusi .
Tiga belas DUN berkenaan ialah N02 Bengkoka; N06 Bandau; N08 Pintasan; N13 Pantai Dalit; N17 Darau; N24 Tanjung Keramat; N27 Limbahau; N44 Tulid; N47 Telupid; N51 Sungai Manila; N58 Lamag; N61 Segama dan N70 Kukusan.
PRN Sabah diadakan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN pada Khamis lalu, beberapa jam selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu. – SM
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Shafie Sabah pasti tumbang kata MP Kimanis
- TERKINI: Kerajaan Warisan Sabah tumbang
- PKR akan ambil tindakan ke atas Adun sokong Musa Aman
- Polis adakan sekatan di laluan pintu masuk utama Istana Negeri malam ini susulan tumbangnya kerajaan Warisan Sabah
- Shafie menghadap YDP Sabah malam tadi, sidang media 10 pagi hari ini
- Shafie mengadap YDP sekali lagi pagi ini
- TERKINI: Musa Aman tiba Istana Negeri dijangka angkat sumpah
- TERKINI: Shafie umum bubar DUN Sabah
- Kali kedua saya dianiaya, kata Musa Aman
- Musa dihalang masuk laluan Istana Negeri
- Selepas sejam Musa masih dihalang masuk laluan Istana Negeri
- DUN Sabah rasmi bubar hari ini
- Sokong Musa, PKR pecat ADUN Inanam
Join our Telegram Channel