Tak pelik pusat judi dapat perlindungan dari pihak berkuasa yang khianat – Zahida



CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberi perlindungan kepada penjual burger dan ahli keluarganya serta jaminan keselamatan susulan membuat “live facebook” mendedahkan lokasi-lokasi kedai judi di Sg Buloh.

“Tindakan pemilik kedai burger membuat “live facebook” adalah satu tindakan nekad dan berani selepas gerai mereka diangkut oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kata Zahida.



Ianya pasti akan mengundang kemarahan kepada sindiket-sindiket judi apabila kerja jahat mereka dibongkar. Isu kedai judi sememangnya satu “virus” yang tiada ubatnya, ujarnya lagi.

“Kita mahu pihak berkuasa seperti PDRM memberi perlindungan kepada beliau dan ahlinya keluarganya. Banyak risiko bakal dihadapi oleh mereka seperti diancam, diugut dan tidak mustahil dibunuh, katanya.



“Tauke-tauke ini sangat licik dan tidak pelik jika dikatakan mereka mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa yang khianat dan tidak bertanggungjawab.

“Dengan nada tegas, Zahida mahu pihak berkuasa membanteras sindiket-sindiket perjudian dan maksiat dengan telus dan konsisten, kita tidak mahu aktiviti perjudian dan maksiat ini terus menjadi perosak keluarga dan masyarakat. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN:











Join our Telegram Channel
Telegram