Saya tak pernah arah batal pembekuan akaun taikun, kata bekas bos SPRM



PETALING JAYA: Bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shukri Abdull bertegas tidak pernah mengarahkan pembekuan akaun milik seorang taikun yang dikaitkan dengan 1MDB ditarik balik.

Katanya, beliau tidak akan patuh kepada mana-mana arahan, termasuk menteri atau perdana menteri dalam mana-mana siasatannya.



“Begitu juga dalam kes ini, saya tak pernah keluarkan arahan kepada pegawai-pegawai saya supaya melepaskan pembekuan akaun berkaitan.

“Andainya betul, akaun berkenaan dibatalkan pembekuannya, ianya bukan arahan saya. Dalam siasatan, saya hanya akur dengan arahan timbalan pendakwa raya saja, bukannya arahan dari pihak-pihak tidak berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataannya menyusul kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan semalam yang mendakwa terdapat surat menunjukkan berlaku campur tangan dalam perkara itu oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.



Katanya, terdapat beberapa minit mesyuarat yang diadakan pada 5 Dis 2018 menyatakan Mahathir menulis surat meminta pembekuan akaun taikun itu dilepaskan, dan Lim juga mengemukakan permintaan demikian kepada peguam negara.

Berikutan itu, Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas menulis surat kepada Lim pada 31 Mei 2019 menyatakan pembekuan sudah dibatalkan. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram