
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin mengumumkan telah keluar Bersatu berkuat kuasa Khamis lalu.
“Saya keluar Bersatu berkuat kuasa 6 Ogos 2020 melalui surat kepada Setiausaha Kerja (Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya) pada tarikh yang sama,” katanya pada satu kenyataan ringkas.
Beliau mengumumkan perkara itu selepas bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti berasas kepada perjuangan untuk orang Melayu dan peribumi sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.
Bekas penasihat media kepada Dr Mahathir itu dilihat sebagai pemimpin Bersatu yang berpihak kepada bekas perdana menteri itu.
Semalam, Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang berasaskan kepada perjuangan Melayu.
Tegasnya, ia berbeza dengan parti Melayu dan Pribumi lain yang dikatakan telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa. – Sinar
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mahathir ucap selamat kembali Shahruddin Salleh
- TERKINI: Shahruddin letak jawatan timbalan menteri kerja raya
- Duduk dengan pembangkang, Bersatu lucut keahlian Sharuddin
- [Video] Dr M umum parti baru
- Adun Jeram, Ahli Majlis Tertinggi PPBM umum keluar parti
Join our Telegram Channel