Dewan gamat bila Ahmad Maslan tegaskan PN kerajaan pintu istana, bukan pintu belakang



Please subscribe

Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) bukan kerajaan pintu belakang tetapi "kerajaan pintu istana" yang sah, kata Ahmad Maslan (PN-Pontian).

Ahmad berkata ini kerana PN dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang telah dengan bijaksana menyelesaikan krisis politik susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.


Loading...

Beliau berkata, Muhyiddin Yassin yang menggantikan Mahathir adalah penyelamat negara dan bukan pengkhianat seperti yang digelar sesetengah pihak.

"Setelah Mahathir diterima menghadap dan diminta oleh tuanku untuk tidak letak jawatan, beliau tetap (berbuat demikian).

"Semua anggota Parlimen menghadap tuanku di istana. Ada yang masuk istana dengan bas berbumbung, ada yang masuk dengan bas tidak berbumbung agar boleh dilihat oleh seluruh rakyat dan dunia," katanya ketika sesi perbahasan titah Agong di Dewan Rakyat, hari ini.


Loading...

"Kemelut politik negara telah diselesaikan Agong dengan bijaksana...Ini kerajaan pintu istana yang sah, bukan kerajaan pintu belakang," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua anggota Parlimen BN menandatangai akuan bersumpah (SD) menyokong Mahathir sebagai perdana menteri, tetapi ia tidak terpakai lagi apabila Mahathir meletakkan jawatan. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram